Saya amat suka dengan gambar. Lebih mudah menyampaikan perasaan kita dengan satu gambar daripada seribu perkataan. A picture worth a million words. :)


*****

Ini ayah saya. Dia agak pemalu. Hehe. Bukan la. Ayah saya sangat peramah. Cuma pada masa ini dia agak pemalu kerana sedang memandu. :D Ketika ini kami dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis konvokesyen saya tahun lepas.


Pada malam itu, ayah dan mama terpaksa menunggu di luar dewan sementara menunggu saya sedang mendengar taklimat-yang-sungguh-bosan. Saya pasti mama dan ayah sangat penat menunggu. Hampir lewat malam baru la taklimat habis. Kasihan mereka. Ayah lebih kasihan. Sudahlah penat memandu sepanjang hari. Langsung tiada rehat. Maafkan Erin ya ayah. :(


Esoknya hari konvokesyen saya. Saya tak pasti perasaan saya pada masa itu. Tetapi yang pastinya mama dan ayah sangat gembira. Saya gembira sebab mereka gembira. Itu sudah mencukupi. Tiada apa yang dapat membayar segala penat jerih mereka membesarkan dan menyekolahkan saya. Terima kasih ayah. Terima kasih mama. \(--.)/
Gambar ini diambil ketika kami dalam keadaan busyuk-masyam selepas joging. Hehe. Tapi saya tak joging, jalan-jalan je. :D Dulu masa kecik-kecik, ayah pasti bawa saya dan adik main papan gelongsor dan jongkang-jongkit di sini setiap hujung minggu. Kemudian kami akan claim aiskrim daripada ayah. Ayah tak pernah kata 'tidak'. Tetapi pernah suatu hari, ayah minta maaf. Ayah tak cukup duit nak belikan kami aiskrim. Saya faham. Kini, saya yang akan membelikan kami sekeluarga aiskrim ataupun lebih tepat ABC. Makanan kegemaran saya yang telah menjadi makanan kegemaran kami semua. Pengaruh buruk si Erina ni. Hihi.


Alamak, ayah sedang mencekak pinggang, seolah-olah sedang marah. Erk! Kami yang suruh ayah pose begitu. Nakal. Hehe. Nampak tak, ada logo bentuk hati pada baju ayah yang tertulis "Kami Sayang Ayah." :)


Gambar ini diambil semasa ayah dan mama menghantar adik perempuan saya mendaftar di UiTM Samarahan. Ayah menunjukkan reaksi "Oooh, mama takut tu!" Hehe. Macam-macam reaksi muka ayah.


Gambar ini ketika raya puasa tahun lepas. Ayah pakai baju ala-ala kurta kiriman angah yang tidak dapat pulang beraya. Kami sedih. Dan semestinya ayah yang paling sedih. >.<


Si kecil itu amat suka pada ayah. Dan ayah juga suka padanya. Dengan kata lain, ayah sangat suka pada kanak-kanak. Anaknya yang paling kecil sudah berumur 14 tahun, tidak dapat lagi didukung dan ditimang-timang. Bagi mengubat kerinduan ayah pada budak-budak, kami akan selalu 'menculik' si Adam Haris yang duduk di sebelah rumah kami. Adam pun merelakan dirinya 'diculik' disebabkan dia bosan tiada kawan di rumah. Adam selalu panggil ayah "Ayah Mail". Ayah pula setiap kali dengar suara Adam, senyuman pasti terukir di wajahnya. Tak pe ayah, tak lama lagi Erin akan berikan ayah cucu ya. ;)


Gambar ayah dari belakang. Ayah dan mama sedang pilih buah jambu di R&R Sg Perak untuk diberikan pada makcik dan bakal menantu mereka. Siapa? Entah la. :P


Gambar-gambar ini diambil semasa kami sekeluarga dengan sengaja menaiki komuter dari Shah Alam ke Kg Baru. Tapak asal stesen komuter Kg Baru ini merupakan tapak rumah arwah nenek. Berjalan-jalan di Kg Baru sambil mendengar ayah bercerita sejarah hidupnya di sana amat best. Saya masih ingat cerita ayah tentang peristiwa 13 Mei. Kg Baru pada ketika itu merupakan kubu kuat UMNO. Peristiwa 13 Mei berpunca daripada tindakan hina-menghina antara Melayu dan Cina kerana kemenangan sama rata parti Gerakan dan UMNO di Selangor. Eh, belajar sejarah pula! Kalau nak tahu lebih lanjut, tanyakan sahaja pada Encik Google.


Ayah dan Fariq di hadapan Dewan Utama Pelajar, sementara menunggu saya mengambil transkrip. Eh, Fariq sudah lebih tinggi dari ayah nampaknya. Tak boleh jadi ni! >.<


*****

Ayah.. Erin masih ingat pagi sebelum Erin dibedah sembilan tahun lepas. Ayah cari Erin di wad, tapi Erin sudah dibawa ke bilik pembedahan. Erin tahu ayah risau kalau-kalau tak dapat jumpa Erin. Risau tak dapat beri Erin semangat di saat-saat terakhir Erin, mungkin. Erin rasa lega dapat jumpa ayah. Erin nak menangis, tapi Erin tahan. Erin tak nak ayah risau. Pada masa tu, Erin rasa itu merupakan kali terakhir Erin dapat bertemu ayah. Namun, Allah panjangkan usia Erin. Syukur alhamdulillah, masih dapat merasai nikmat iman dan islam. Dan dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Erin sayang ayah..


*****

Kemaskini: Ini merupakan entri saya yang ke-100 berdasarkan tulisan saya di entri ini. Kenduri kecil-kecilan sempena Hari Bapa mungkin. :)

Label: edit post
11 Responses
  1. nahwanNur Says:

    Assalamualaikum Noreena.

    Wah tampak akrab sekali kamu dan ayah.

    Moga kalian diberi ALLAH swt tarbiyyah da inayah ALLAH swt

    Salam buat ayah dan ibu adik ya :)


  2. 1st time saya lihat wajah ayah kamu, saya membayangkan dia sangat garang! Wah! hehe...

    Tapi lepas jumpa dia, baru saya tau dia seorang yang peramah dan kelakar orangnya :D


  3. Nooreena Says:

    nahwanNur,
    Wa'alaikumussalam akak. Terima kasih atas doa akak. Terharu sangat.. Insha-Allah nanti saya sampaikan salam akak pada mereka. :)

    N.hasnah.Z,
    Hasnah, bila la agaknya saya dapat berjumpa abah dan mak kamu? Teringin mahu belajar buat kuih dengan mak. (dan makan banyak-banyak!) :D


  4. Salam,

    MOga segalanya berjalan lancar.


  5. Nooreena Says:

    Farid Rashidi,
    Wa'alaikumussalam. Insha-Allah..


  6. InsyaAllah ada kelapangan kamu ke rumah ya? Tak pun tunggu je majlis saya nanti. Dah x lama dah... ;)


  7. Nooreena Says:

    N.hasnah.Z,
    Yippiee.. nak makan nasi minyak! :D

    PS: 19 hari lagi saya naik belon ke rumah tercinta. ;)


  8. arnamee Says:

    salam ziarah:)


  9. Nooreena Says:

    arnamee,
    Terima kasih. Jemput datang lagi. :)


  10. tintataghyir Says:

    Bersyukurlah dapat ayah yang penyayang dan bertanggungjawab


  11. Nooreena Says:

    tintataghyir,
    Alhamdulillah..

    PS: Saya pasti arwah ayah kamu berbangga dengan kamu. :)


Post a Comment

Komen membina amat dialu-alukan.
Terima kasih. :)